Monday, July 7, 2014

Sejarah Perkhidmatan Hj Fuad

Sejarah perkhidmatan saya bermula apabila mendapat surat penempatan ke Sarawak.

09-09-1982 : Melapor diri di Sekolah Menengah Kerajaan Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub (SEDAYA) di pekan Kanowit, Bahagian Sibu, Sarawak. Antara tugas utama, sebagai guru SPBT, warden asrama, guru subjek Rampaian Sains / Biologi / Biologi Kemanusiaan & Kemasyarakatan / Sains Pertanian.


Pertengahan-1987 : Mendapat tawaran mengikuti Rancangan Sijil Teknologi Pendidikan (RSTP) selama setahun (2 semester, bergaji penuh & dibayar elaun) di PTPM, USM, Pulau Pinang. Bidang pengkhususan yang diikuti adalah Komputer Dalam Pendidikan

Pertengahan-1988 : Ditempatkan semula di SEDAYA selama 2 tahun (syarat kontrak dengan negeri Sarawak kerana mengikuti RSTP). Dilantik terus oleh Pengetua sebagai Guru PSS dan antara projek penting adalah penubuhan Kelab Komputer sekolah. Mengajar subjek Rampaian Sains / Biologi. Dilantik sebagai Guru Kanan Sains dan juga warden asrama.

September-1990 : Dipindahkan pula ke SMK Sebauh, Bahagian Bintulu, Sarawak. Terus diarahkan memegang jawatan Guru PSS (tugas utama, menghidupkan semula PSS yang sudah lama tidak berfungsi). Di antara projek penting adalah penubuhan Kelab Komputer sekolah. Mengajar subjek Rampaian Sains / Biologi. Ulang-alik Bintulu ke Sebauh sejauh 45km satu hala.

Januari-1993 : Mula menjalankan tugas sebagai GPK HEM (atas permintaan Pengetua) di SMK Sebauh, melepaskan tanggungjawab sebagai Guru PSS. Juga dilantik sebagai warden asrama (terpaksa berpindah masuk duduk kuarters). Masih mengajar Rampaian Sains / Biologi. Memohon pertukaran balik ke KL atas permintaan keluarga

Disember-1993 : Memulakan perkhidmatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, melapor diri di SM Tinggi Setapak. Sepanjang tempoh berkhidmat di sini, tugas utama antara lain sebagai Guru PSS dan Guru Kelab Komputer. Mengajar subjek Rampaian Sains dan bertugas sebagai warden asrama setahun.

Julai-1997 : Memohon pertukaran dan memulakan perkhidmatan sebagai Penyelaras di PKG Keramat, Kuala Lumpur; ini merupakan tempoh perkhidmatan paling singkat (cuma dua bulan setengah).

Oktober-1997 : Arahan perpindahan atas kenaikan pangkat sebagai GPK T&K di SK Kampong Batu, Kuala Lumpur.

September-1999 : Mendapat tawaran mengikuti kursus sepenuh masa selama 10 minggu di RECSAM, Pulau Pinang. Bidang kursus adalah pembinaan bahan multi-media Sains dan Matematik untuk PnP.

Disember-1999 : Arahan pertukaran dan melapor diri sebagai GPK Kokurikulum di SK(P) Bukit Bintang 1, Kuala Lumpur. Mendapat APC (pergerakan melintang) bagi tempoh perkhidmatan 2000.

Januari-2001 : Sekolah berpindah premis dan memulakan sesi persekolah dengan nama baru SK Seri Bintang Utara; sebagai "showcase" Sekolah Bestari.

Julai-2001 : Arahan perpindahan dan melapor diri sebagai Guru Besar di SK Yaakub Latif (2).

Januari-2004 : Mendapat arahan perpindahan sebagai Guru Besar SK Taman Melati (sebelum ini sebagai "Caretaker" sekolah berkenaan semasa tempoh pembinaan) - cabaran besar membuka sekolah baru yang serba kekurangan

Julai-2008 : Arahan perpindahan sebagai Guru Besar Cemerlang di SK Seri Nilam sehingga Februari 2015.

Februari-2015 : Arahan perpindahan ke SK Intan Baiduri sehingga sekarang.

~Hj Ahmad Fuad~

1 comment:

  1. Menarik sejarah kerjaya Tn. Hj. Fuad. Semoga terus menyumbang kepada pendidikan negara.

    Terima kasih.

    http://sazaliyusoff.blogspot.com

    ReplyDelete