Monday, July 7, 2014

Sejarah Perkhidmatan Hj Fuad

Sejarah perkhidmatan saya bermula apabila mendapat surat penempatan ke Sarawak.

09-09-1982 : Melapor diri di Sekolah Menengah Kerajaan Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub (SEDAYA) di pekan Kanowit, Bahagian Sibu, Sarawak. Antara tugas utama, sebagai guru SPBT, warden asrama, guru subjek Rampaian Sains / Biologi / Biologi Kemanusiaan & Kemasyarakatan / Sains Pertanian.


Saturday, July 5, 2014

"Buku Hijau" (updated kali ke-3 pada 7 Julai 2014)

Kawan-kawan ingat lagi Buku Hijau yang ni:?

Saya sedang berusaha untuk imbas setiap muka surat buku tersebut, kemudian muat naik ke dalam blog ini. Sekurang-kurangnya kawan-kawan yang kehilangan buku berkenaan dapatlah menatapnya kembali. Akan tetapi kerja mengimbas. edit, etc. agak banyak, jadi akan mengambil masa sedikit. Saya akan buat sedikit demi sedikit dan ditambah dari sehari ke sehari. Jadi kawan-kawan semua, kerap-keraplah mengunjung artikel ini untuk 'update' dari semasa ke semasa. Buat permulaan:

Hj Ahmad Fuad Hj Ahmad

Bagi rakan-rakan yang dah terlupa, inilah wajah admin pada tahun 1982:
Bagi mereka yang masih ada buku hijau kenangan 1982, inilah sebahagian paparan pada muka surat tertentu:


Selamat Datang

Blog ini disediakan bagi mengembalikan kenangan bersama rakan-rakan sewaktu mengambil Diploma Sains Dengan Pendidikan di Universiti Pertanian Malaysia, Graduan 1982. Rakan-rakan dijemput untuk memasukkan artikel-artikel berkaitan yang boleh mengembalikan nostalgia di zaman tersebut.
Artikel, gambar, klip video dan sebagainya bolehlah dihantar melalui email:
xdipscupm82@gmail.com

Terima kasih

Hj Ahmad Fuad Hj Ahmad
Ex-DipSc 1982
Major: Bio